Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Para anggota koputra yang dihormati dan disayangi.
Alhamdulillah, syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita diberi kesempatan berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah. Bulan penuh dengan keberkatan dan kebaikan. Semoga ibadah puasa dan segala ibdah lain yang kita lakukan disepanjang Ramadhan diterima oleh Allah. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan . Dengan berbaki beberapa hari sahaja lagi , marilah kita teruskan berdoa agar Allah memanjangkan usia kita untuk kita semua bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Semoga madrasah Ramadhan akan menjadikan kita manusia lebih baik baik dan mendidik kita untuk terus melakukan kebaikan.
​
Perginya Ramadhan digantikan dengan Syawal sebagai tanda kemenangan kepada umat islam setelah sebulan berpuasa. Kembali kepada Fitrah asal kita yang bersih dari segala dosa. Marilah kita menyambut kehadiran Eidil Fitri dengan perasaan penuh kegembiraan dan mensyukurinya dengan berbanyak memuji Allah . Ini bertepatan dengan firman ALLAH S.W.T yang bermaksud;
“Dan hendak lah kamu menyempurnakan bilangan puasa pada Bulan Ramadhan dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah apabila berhariraya kerana Allah berikan hidayah kepada mu.”
(Surah Al Baqarah : 185)
Dikesempatan ini saya selaku pengerusi dan mewakili ALK serta warga KOPUTRA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri , Maaf Zahir Batin kepada seluruh Umat Islam khususnya kepada semua anggota KOPUTRA. Sebagai manusia kita semua tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.
​
Saya ingin berpesan , di dalam kesibukan menyambut Syawal ini, saya menyeru kepada semua warga KOPUTRA agar bijak berbelanja dan tidak berlebih-lebihan. Sewajarnya Syawal yang bakal menjelma ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.
​
Sama-samalah kita menyemarakkan Hari Raya Aidilfitri ini dengan menziarahi ibubapa, sanak saudara, sahabat handai bagi mengukuhkan silaturahim di antara kita.
​
Kepada yang akan balik ke kampung, suka saya mengingatkan kepada semua agar sabar dan berhati-hati ketika memandu. Semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi yang ditujui.
​
Diharapkan ukhwah yang terjalin antara kita akan diperkukuhkan lagi dengan limpahan dan kurniaan-NYA. Semoga syawal ini menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertakwa dan lebih kuat melaksanakan tanggungjawab agama. Amin YaRabbal ‘Alamin.